Afif Bahardin

Pakatan Harapan Rakyat

Biodata

YPyoung 8mKerusi DUN :
N10 – Seberang Jaya

Negeri :
Penang

Jawatan Semasa :
Ketua AMK Pulau Pinang

Umur :
29 Tahun

Latarbelakang Keluarga :
Mempunyai seorang anak perempuan bersama Dr Mardhiah Binti Zakaria

Pendidikan :
Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Universiti Teknologi Mara 2009

Bahasa :
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu

Pengalaman Profesional :
* 2009 – Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang
* 2011 – Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher, Hospital Sungai Buloh, Negeri Selangor”

Pengalaman Politik :
* 2009 – Menyertai Parti Keadilan Rakyat sejurus tamat pengajian di UiTM
* 2009 – Ketua Biro Professional AMK Pulau Pinang,Pengerusi Tetap AMK Cabang Bayan Baru
* 2010 – Setiausaha AMK Pulau Pinang
* 2011 – Naib Ketua AMK Pulau Pinang
* 2013 – Ketua AMK Pulau Pinang
* 2014 – Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh

Peristiwa :
Peristiwa paling membanggakan adalah apabila saya tamat belajar dan bergelar seorang doktor perubatan pada tahun 2009. Sejurus sebelum memulakan khidmat sebagai seorang doktor, saya telah dipilih untuk mewakili negara di World Civic Youth Forum di Korea Selatan pada 2009 bagi membentangkan kertas kerja. Pada 9 Oktober 2010, saya dengan bangganya bergelar seorang suami kepada Dr Mardhiah Zakaria, yang telah saya kenali sejak berumur 16 tahun dan kami dikurniakan seorang anak perempuan; Ainaa Sofea pada 25 Februari 2012.

Latarbelakang Diri:
Selain sibuk dengan pengajian dan kemudiannya khidmat sebagai seorang doktor, saya banyak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk Global Peace Mission, Biro Kesihatan ABIM, Medical Relief Agency dan telah menubuhkan NGO sendiri di Seberang Jaya; Skuad PRIHATIN.

Saya adalah pengasas bersama Akademi Pak Sako yang kini aktif menganjurkan forum dan wacana ilmiah di seluruh negara. Saya juga merupakan graduan Asian Renaissance 4.0 anjuran Insititut Kajian Dasar dan terlibat secara langsung dengan modul Sekolah Politik – melatih ahli politik muda.

Saya berdedikasi, berpandangan terbuka, dan berkarisma. Saya percaya bahawa politik nilai dan dasar adalah kata kunci untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. Pengalaman saya sebagai seorang doktor sangat berguna kerana kami dilatih untuk bertanggungjawab atas amanah kami, bekerja dengan penuh etika dan paling penting berlaku jujur dalam tugasan kami kerana kami berurusan dengan soal hidup dan mati pesakit. Sedikit kesilapan bisa membawa padah. Selain itu, sebagai seorang doktor, kami turut diterapkan dengan nilai kasih dan prihatin sesama manusia. Ciri – ciri ini penting dalam pembentukan jatidiri seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Favourite quotes :
Wei Ren Min Fu Wu – ‘Serve The People’