Afif Bahardin

Pakatan Harapan Rakyat

March 27, 2015
by afifbahardin
0 comments

KENYATAAN MEDIA : ANGKATAN MUDA KEADILAN KECAM PENANGKAPAN AKTIVIS #KITALAWAN DAN KEGANASAN POLIS

Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penahanan dua ADUN Keadilan dan aktivis #KitaLawan; Tan Kar Hing (ADUN Simpang Pulai), Chang Lih Kang (ADUN Teja), Michael Tamil AL, Gan Zhi Mou, Chee Chu Sang dan Yong Ming Chong. Penahanan ini adalah satu tindakan zalim yang melanggar prinsip hak asasi dan jaminan kebebasan berhimpun seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Penahanan ini juga tidak perlu memandangkan para aktivis ini berhimpun dengan aman dan tidak menganggu keselamatan pihak lain.

Angkatan Muda Keadilan juga mengecam sekeras-kerasnya perilaku Polis Di Raja Malaysia yang telah bertindak ganas dan tidak profesional ketika menahan aktivis #KitaLawan. Tindakan polis yang gasar ini adalah sesuatu yang memalukan dan mencemar integriti polis dan merosakkan imej negara di mata dunia.

Tindakan Ketua Polis Negara yang cuba menipu dan berselindung dari hakikat bahawa pihak polis telah bertindak melampaui batas dan gasar adalah sesuatu yang memalukan. Selaku Ketua Polis, beliau seharusnya menunjukkan sikap yang profesional dan melindungi kepentingan rakyat. Kegagalan Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil sikap yang profesional dan beretika, menguatkan lagi tekad kami bahawa beliau tidak layak untuk terus memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Angkatan Muda Keadilan dengan ini mendesak beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Angkatan Muda Keadilan juga menyeru anak muda dan seluruh rakyat, untuk bangkit menuntut keadilan, kebebasan dan reformasi yang menyeluruh di negara ini. Seluruh rakyat diajak untuk menyertai himpunan #KitaLawan, Sabtu, 28 Mac 2015 di hadapan Sogo. Masanya telah tiba untuk kita bangkit dan selamatkan negara ini daripada terus dihancurkan oleh UMNO-Barisan Nasional dan aparat-aparatnya.

DR AFIF BAHARDIN
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
27 Mac 2015

March 18, 2015
by afifbahardin
0 comments

Jelajah “Agong Tanpa Tengkolok” di Pulau Pinang

image

image

Jelajah “Agong Tanpa Tengkolok” Pulau Pinang

1. Diskusi Santai “Agong Tanpa Tengkolok” bersama penulis, Fathi Aris Omar
21 Mac 2015, Sabtu
Jam 3 petang
Roots cafe, No 2-g-10, Quartermile, Solok Mayang Pasir,11950 Bayan Baru, Pulau Pinang

2. Majlis Pelancaran Buku, “Agong Tanpa Tengkolok” bersama ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Fathi Aris Omar
21 Mac 2015, Sabtu
Jam 9 malam
Tanjuung : Makerspace & Cafe (hadapan UiTM Permatang Pauh), Permatang Pauh Commercial Centre, Seberang Jaya

February 18, 2015
by afifbahardin
0 comments

TAN SRI SHAFEE ABDULLAH WAJAR DIRUJUK KE JAWATANKUASA DISIPLIN MAJLIS PEGUAM

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
18 FEBRUARI 2015

TAN SRI SHAFEE ABDULLAH WAJAR DIRUJUK KE JAWATANKUASA DISIPLIN MAJLIS PEGUAM

Tindak-tanduk Tan Sri Shafee Abdullah yang berterusan menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pasca keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan kes Fitnah II tempoh hari adalah sesuatu yang tidak beretika dan bersifat tidak profesional. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengecam sekeras-kerasnya perilaku beliau dan memberi amaran supaya beliau menghentikan perilaku sumbang ini.

Hakikatnya, keberadaan beliau di dalam program UMNO untuk menyerang Dato’ Seri Anwar dan kesediaan UMNO menyediakan platform kepada beliau mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa kes Fitnah II ini adalah satu rekayasa dan konspirasi politik untuk menyerang, mengaibkan dan menzalimi Dato’ Seri Anwar. Konspirasi ini juga adalah helah jijik UMNO untuk membantutkan usaha Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara.

Perilaku Tan Sri Shafee ini telah menzahirkan keghairahan beliau yang ingin melobi satu ganjaran besar dari pihak UMNO. Persoalan yang timbul, apakah perilaku beliau ini ada kaitannya dengan spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai Peguam Negara? Melihat kepada rekod lalu, setiap individu yang terlibat dengan usaha menjatuhkan Dato’ Seri Anwar akan diberi ganjaran dalam bentuk lantikan pangkat atau jawatan, sebagai contoh:

i.              Mendiang Augustine Paul; disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi dalam tempoh enam (6) bulan selepas menjatuhkan hukuman penjara kepada Dato’ Seri Anwar, dan beberapa bulan sebelum bersara dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan;

ii.             Tan Sri Musa Hassan; pegawai Polis Di Raja Malaysia yang terlibat di dalam kes Fitnah I, dilantik sebagai Ketua Polis Negara;

iii.            Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Pendakwaraya di dalam kes Fitnah I pada 1998 dan kini memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas, ia menguatkan lagi kemungkinan bahawa Tan Sri Shafee sememangnya terlibat dan memainkan peranan besar di sebalik konspirasi politik untuk menjatuhkan Dato’ Seri Anwar.

AMK Malaysia menyeru barisan peguam Dato’ Seri Anwar agar bertindak merujuk Tan Sri Shafee ke Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam bagi membicarakan perilaku beliau yang telah melampaui batas profesionalisme seorang peguam apatah lagi sebagai pendakwaraya. Kami menyeru Majlis Peguam untuk bertindak tegas demi melindungi kewibawaan dan integriti institusi kehakiman dan peguam di negara ini.

DR. AFIF BAHARDIN
TImbalan Ketua
Angkatan Muda KEADILAN

November 22, 2014
by afifbahardin
0 comments

Agama itu Mendamaikan

image

Pertelingkahan rampasan Al Kitab pada awal tahun ini di Selangor berakhir dengan pemulangan semula kitab-kitab tersebut oleh Majlis Agama Islam Selangor kepada Archbishop Asia Tenggara, Datuk Bolly Lapok dan disaksikan oleh DYMM Sultan dan Menteri Besar Selangor. Inisiatif pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu ini sewajarnya dipuji dan merupakan satu keputusan yang sangat membanggakan, khususnya tatkala negara sedang dibebankan dengan pelbagai kemelut membabitkan hal agama dan budaya.

Insiden ini sebenarnya sedikit sebanyak memberikan kita gambaran sebenar toleransi agama di negara ini, atau cengkaman oleh pihak berkuasa ke atas ruang awam dengan menggunakan hujah dan tafsiran agama yang dieksklusifkan.
Continue Reading →