Afif Bahardin

Pakatan Harapan Rakyat

May 16, 2014
by afifbahardin
0 comments

Selamat Hari Guru

image

Selamat Hari Guru buat semua pendidik di negara ini. Saban tahun kita meraikan 16 Mei; sebagai mengenang jasa guru dan pendidik di kalangan kita.  Peran mereka mencorak masa depan bangsa dan generasi kita adalah satu pengorbanan yang besar dan mulia. Saya berdoa agar semua guru di Malaysia dikurniakan kecekalan dan dinyalakan terus keghairahan untuk melahirkan generasi muda yang bermanfaat dan berjasa untuk bangsa, agama dan negara kita.

Dalam kita meraikan Hari Guru ini; adalah molek jika kita melihat semula kepada usaha mereformasikan sistem pendidikan negara. Continue Reading →

April 25, 2014
by afifbahardin
0 comments

Iltizam Keadilan untuk Anwar

89477723-anwar-ibrahim

Tiada siapa dapat melupakan laungan “Keadilan untuk Anwar”, “Reformasi”, “Mahathir Letak Jawatan”, “Selamatkan Malaysia” yang memenuhi ruang angkasa bumi Kuala Lumpur (baik di Masjid Negara, Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman) pada 20 September 1998 – lebih dua minggu selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan kerajaan dan UMNO ketika itu,
Continue Reading →

April 23, 2014
by afifbahardin
0 comments

[TEKS UCAPAN] Pelancaran Gagasan Keadilan Raya oleh YB Mohamed Azmin Ali

image

GAGASAN KEADILAN RAYA

16 APRIL 2014

Majlis Pimpinan Pusat,

Pimpinan Cabang, Angkatan Muda dan Wanita

Aktivis reformasi dan para pejuang KEADILAN.

1. Saya menyambut kedatangan saudara – saudari sekalian, para pejuang tegar KEADILAN, dengan serangkap pantun:

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Datangnya jauh beribu batu,
Terus berjuang mara ke hadapan.

2. Beberapa hari lalu kita menyambut ulangtahun ke – 15 Parti Keadilan Rakyat. Pada 4 April 1999, kita cuba membina sebuah harapan baru untuk rakyat Malaysia.
Continue Reading →

April 16, 2014
by afifbahardin
0 comments

GST dan Sektor Kesihatan

pix_gal0

“Pelaksanaan GST adalah pada 2015 dan kementerian ini akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk melihat keseluruhan spektrum perkhidmatan kesihatan bagi meminimumkan kesan GST terhadap kos penjagaan kesihatan”

– Menteri Kesihatan, M Star Online, 7 November 2013

 

Inilah kenyataan Menteri Kesihatan pada November lepas apabila diminta mengulas mengenai kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada perkhidmatan kesihatan di negara kita. Walhal tiga hari sebelum itu, beliau menafikan sebarang kesan akan menimpa perkhidmatan kesihatan negara kerana perkhidmatan ini dikecualikan daripada cukai GST 6%.

Menurut Laman Web Rasmi Jabatan Kastam Malaysia – GST adalah levi yang dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan. Kadar yang ditetapkan adalah pada 6%. 7 April 2014 yang lalu, ketika sesi Parlimen; Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah diluluskan di Dewan Rakyat dengan 118 ahli Parlimen Barisan Nasional menyatakan persetujuan
Continue Reading →

April 26, 2013
by afifbahardin
0 comments

Seberang Jaya yang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat

image

Saya telah diamanahkan untuk mewakili KEADILAN di dalam Pilihanraya Umum ke 13 bagi kerusi DUN N.10 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seberang Jaya adalah sebuah bandar terancang yang terletak strategik di laluan utama Lebuhraya Utara – Selatan. Potensi ini menyaksikan Seberang Jaya mampu untuk menjadi salah satu bandar terpenting di kawasan utara tanah air.
Continue Reading →