Afif Bahardin

Pakatan Harapan Rakyat

Seberang Jaya yang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat

| 0 comments

image

Saya telah diamanahkan untuk mewakili KEADILAN di dalam Pilihanraya Umum ke 13 bagi kerusi DUN N.10 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seberang Jaya adalah sebuah bandar terancang yang terletak strategik di laluan utama Lebuhraya Utara – Selatan. Potensi ini menyaksikan Seberang Jaya mampu untuk menjadi salah satu bandar terpenting di kawasan utara tanah air.

Selaku anak muda, saya memilih KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT kerana saya percaya, politik nilai dan dasar menjadi asas untuk kita menganjak ketamadunan bangsa kita ini. Sudah tiba masanya, kita melaksanakan perubahan demi masa depan anak – anak kita. Saya merayu kepada semua penduduk Seberang Jaya untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada KEADILAN dengan mengundi Dato` Seri Anwar Ibrahim bagi Parlimen P44 dan mengundi saya, Dr Afif Bahardin bagi DUN N.10 Seberang Jaya.

Sama – sama kita jadikan ‘rumah kita’ Seberang Jaya sebagai bandar Bersih-Hijau-Sihat-Selamat.

Leave a Reply

Required fields are marked *.