Afif Bahardin

Pakatan Harapan Rakyat

Selamat Hari Guru

| 0 comments

image

Selamat Hari Guru buat semua pendidik di negara ini. Saban tahun kita meraikan 16 Mei; sebagai mengenang jasa guru dan pendidik di kalangan kita.  Peran mereka mencorak masa depan bangsa dan generasi kita adalah satu pengorbanan yang besar dan mulia. Saya berdoa agar semua guru di Malaysia dikurniakan kecekalan dan dinyalakan terus keghairahan untuk melahirkan generasi muda yang bermanfaat dan berjasa untuk bangsa, agama dan negara kita.

Dalam kita meraikan Hari Guru ini; adalah molek jika kita melihat semula kepada usaha mereformasikan sistem pendidikan negara.
Pendedahan daripada kajian Programme for International Student Assessment (PISA) 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 52 daripada 65 buah negara adalah sesuatu yang membimbangkan.  Kajian ini menilai kemampuan pelajar di dalam bidang matematik, sains dan bacaan. Kedudukan membimbangkan ini harus diberi perhatian segera bilamana kedudukan kita jauh lebih rendah berbanding negera serantau; seperti Singapura di tangga ke 2 dan Thailand ditangga ke 50. Bahkan Vietnam juga berada di kedudukan lebih baik berbanding kita.

image

Reformasi sistem pendidikan negara harus melihat kepada beberapa isu penting; antaranya desentralisasi institusi pendidikan; yang mana autonomi lebih besar diberikan kepada sekolah – sekolah. Ini bukan saja tentang peruntukan dana dan kuasa lantikan; tetapi juga sistem pendidikan negara harus lebih fleksibel yang mana penentuan mata pelajaran haruslah direka untuk memenuhi keperluan setempat. Maka dengan cara ini, pelajar dan guru akan mempunyai lebih banyak pilihan dalam menentukan bentuk latihan atau jenis ilmu yang mereka inginkan. Selain itu; kebebasan akademik perlu diterapkan dari awal. Sikap-sikap yang cuba untuk membantutkan pemikiran pelajar dan merencatkan usaha guru untuk membina kapasiti pelajar harus dihentikan. Hanya dengan kebebasan, maka pelajar dan guru mampu untuk mencapai potensi sebenar mereka.

Leave a Reply

Required fields are marked *.