Impian, Cita-Cita Dan Masa Hadapan. Segalanya Bermula Di #shahalamKITA
Impian, Cita-Cita Dan Masa Hadapan. Segalanya Bermula Di #shahalamKITA

Dr. Afif Bahardin

  • ADUN Seberang Jaya (2013 – kini)
  • Penasihat Khas kepada Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2020 – kini) 
  • Pengerusi Yayasan Setia Negara Malaysia (2020-kini) 
  • Mantan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang; Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan 2013-2020) 
  • Doktor di Hospital Besar Pulau Pinang (2009-2011)
  • Doktor di Jabatan Pembedahan Kepala dan Leher (Otorhinolaringologi) Hospital Sungai Buloh (2011-2013) 

LATAR BELAKANG

  • 37 Tahun
  • Anak jati Shah Alam, Alumni UiTM Shah Alam
  • Daripada keluarga pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam
  • Berumah tangga dengan Dr Mardhiah Zakaria dan dikurniakan 3 cahaya mata

PENDIDIKAN 

  • Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam 
  • Maktab Rendah Sains Mara, Lenggong
  • Kolej Matrikulasi Perak 
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan UiTM, Shah Alam 
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Selangor Business School, UNISEL 

PENCAPAIAN 

  • Melaksanakan pembangunan infrastruktur dan sumbangan kebajikan sejumlah RM120 juta untuk penduduk di Seberang Jaya, sepanjang tempoh 10 tahun berkhidmat. 
  • Membangunkan pasar awam baru di Seberang Jaya dengan kos RM18 juta. 
  • Peruntukan sebanyak RM33 juta disalurkan bagi menangani banjir di seluruh kawasan Seberang Jaya. 
  • Projek pembangunan semula stadium Permatang Rawa diilhamkan oleh Dr. Afif Bahardin dengan kerjasama AEI International melibatkan kos RM3.5 juta. 
  • Membaik pulih rumah pangsa di Seberang Jaya dengan mengecat dan menyelenggara kos sebanyak RM18 juta. 
  • Penubuhan Tabung Usahawan Tani (TUTM), skim pembiayaan mikro kredit tanpa faedah yang telah membantu membantu para usahawan di seluruh negeri Pulau Pinang. 
  • Mengangkat Pulau Pinang sebagai hab serantau bagi pengeluaran benih menjelang tahun 2030.
  • Mempelopori usaha ‘smart farming’ dengan penubuhan Permatang Pauh Agropark. 
  • Menggerakkan inisiatif pemasangan peranti Automated External Debrillators (AED) melalui Program “Penang Heart Safe”. 
  • Memulakan kempen Penang Bebas Asap Rokok (PENBAR) yang mensasarkan Pulau Pinang sebagai negeri bebas asap rokok pertama di Malaysia. 
  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Southeast Asia Tobacco Control Alliance (SEATCA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 
  • Membantu penduduk luar bandar untuk memiliki rumah dan pada masa yang sama membolehkan mereka hidup dalam persekitaran yang kondusif. 
  • Menyelia peruntukan sebanyak RM16.5 juta melalui Projek Ekonomi Khas bagi membaiki dan membina lebih 220 buah rumah baru di kawasan desa di Pulau Pinang. 
  • Membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan memastikan penduduk desa menjana pendapatan yang bermaruah dan mampu berdikari. 
  • Penganjuran Seberang Perai Fiesta (SPF) yang menarik lebih daripada 50,000 pengunjung dengan jualan yang dicatatkan melebihi RM600,000 setiap tahun. 

#shahalamKITA

SHAH ALAM adalah dimana saya bermula, di bandar inilah tempat saya membesar dan di sinilah sebenarnya kampung halaman saya. Memang benar kata pepatah “Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri” Lebih baik di negeri sendiri. Kasih sayang saya pada Shah Alam kekal utuh walaupun sekian lama berkelana ke negeri lain. Selepas sedekad saya menabur bakti di negeri orang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, kini sudah tiba masanya untuk saya kembali berkhidmat buat rakyat Shah Alam.

Saya yakin dengan ilmu dan pengalaman sebagai EXCO Kerajaan Pulau Pinang dan ADUN Seberang Jaya, Saya mampu untuk menterjemahkan khidmat bakti itu buat rakyat Shah Alam dengan fokus untuk meningkatkan kualiti hidup dan mewujudkan peluang yang saksama untuk kita semua, pencapaian saya menjadi bukti atas khidmat di Pulau Pinang, dan kini saya percaya kita mampu menjadikan bandaraya Shah Alam sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa yang kalis cabaran masa depan atau Future Proof City.

Slogan #shahalamKITA adalah satu testimoni akan hasrat dan cita-cita bahawa bandaraya Shah Alam ini adalah milik kita bersama.

Impian saya adalah agar setiap anak-anak Shah Alam mendapat peluang yang saksama untuk berjaya dalam apa jua bidang dan menjadikan Rumah Kita ini sebagai sebuah rumah yang harmoni, sejahtera, moden dan lestari. Kini saya telah kembali ke Shah Alam, marilah bersama saya merealisasikan impian kita ini.