Manifesto Perikatan Nasional Shah Alam

#shahalamKITA Sihat

  • Mempromosi gaya hidup sihat dan aktif dengan inisiatif “Shah Alam Cergas”. Khidmat Kaunseling Bergerak (mobile) akan bersama anda untuk kita kembali kuat dari segi mental dan fizikal!
  • Pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga Shah Alam bagi melawan penyakit tidak berjangkit.

#shahalamKITA Future Proof 

  • Mewujudkan “Shah Alam Talent Bank” sebagai penghubung untuk mencapai potensi optimum anda.
  • Demi masa depan yang terjamin, kita akan memantapkan kemahiran vokasional (TVET) bagi persediaan untuk pasaran kerja.
  • Akses ruang perniagaan mampu milik dan strategik serta menyediakan tempat niaga percuma selama setahun bagi perniagaan baru atau ‘startup’.

#shahalamKITA Cun 

  • Mengangkat peranan wanita sebagai pembuat dasar dan juga pelaksana dasar.
  • Keselamatan serta kesejahteraan wanita dan warga Shah Alam menjadi keutamaan dengan Inisiatif “Shah Alam Selamat” agar bandaraya ini bebas jenayah.
  • Mewujudkan inisiatif “Sayang Warga Emas” bagi menjamin keselamatan dan keselesaan mereka.

#shahalamKITA Smart 

  • Shah Alam akan menjadi bandaraya pintar dengan penggunaan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT).
  • Menaik taraf infrastruktur untuk kita berhadapan dengan cabaran Perubahan Iklim dan cabaran lain.
  • Menjadikan bandar dan penempatan warga Shah Alam inklusif, selamat berdaya tahan dan mapan.
  • Membudayakan Urban Farming sebagai medium untuk mengekalkan kelestarian kawasan bandar dan mewujudkan “Food Security”.
  • Perkhidmatan Bas Mini Elektrik akan diwujudkan bagi tujuan pergerakan ke destinasi terakhir (Last Mile).
  • Shah Alam akan menjadi bandar model pembudaytaan kenderaan elektrik dengan penyediaan infrastruktur yang bersesuaian bagi merealisasi revolusi hijau di Shah Alam.

#shahalamKITA Kreatif 

  • Shah Alam akan menjadi satu-satunya bandaraya yang menghargai, memelihara serta memulihara seni dan budaya.
  • Pentas teater, seni musik dan filem akan menjadi medan memupuk perpaduan dan menjana kreativiti untuk industri kreatif dan digital.
  • Meletakkan Shah Alam di persada dunia sebagai kota seni bertaraf antarabangsa.